SEJARAH SKINHEAD INI DIRINGKASKAN DAN DIPETI DARIPADA BUKU 'SKINHEAD BIBLE'
Skinhead adalah satu budaya hidup yang berasal daripada Britain. Ianya
terhasil daripada rasa ketidakpuasan ataupun protes daripada sekumpulan
remaja disana. Yang mana perlu diketahui ialah pada ketika itu
kemelesetan ekonomi sedang melanda Britain dan dunia pada sekitar
1950an-1960an. Ianya juga berkait rapat dengan revolusi fesyen sedang
melanda remaja di Britain pada sekitar 1950an.
Pada asalnya,
Skinhead berasal daripada remaja-remaja yang menggelar diri mereka
sebagai MOD (modernist). Mereka adalah remaja yang cendorong kepada
fesyen dan keseronokan walaupun mereka mengatakan mereka adalah
''working class kids''. Pada pertengahan 1960an terdapat sekumpulan
remaja yang mula berasa bosan dengan MOD dan mula memisahkan dari mereka
seterusnya membentuk stail baru itu dengan memotongkan kepala botak dan
memakai boot, mereka inilah yang digelar Skinhead. Mereka pada asalnya
adalah golongan bawahan yang bekerja sebagai buruh lombong-lombong di
Britian. Mereka begitu bangga dengan attitude mereka dan hanya
bergembira dengan attitude mereka sebagai remaja working class. Mereka
komited dengan kerja dan banyak bergembira di hujung minggu. Boot mereka
pakai adalah untuk keselamatan ketika berkerja dan sebagai simbol
remaja working class. Mereka membotakkan kepala sebagai satu identiti
dan satu protes. Golongan skinhead pada zaman ini adalah golongan yang
komited dengan kerja, dan belum mempunyai identiti yang ganas. Mereka
sangat tertarik pada muzik Ska yang dibawa oleh pendatang Jamaica yang
irama muziknya sangat bermelodikan lembut dan perlahan. Pada
1970an, Skinhead yang dimasuki unsur-unsur negatif seperti keganasan dan
perkauman. Bilangan skinhea yang terlampau ramai mungkin menyebabkan
perkara-perkara ini buruk. Sesetengah skinhead kurang senang dengan
kemasukkan pendatang Pakistan yang mana mengancam peluang perkerjaan
mereka. Skinhead mula mencetus huru-hara dan mula menyokong pendatang
tersebut. Pada pertenganhan 1970an keadaan mula menjadi lebih tegang
apabila Parti Buruh mula meniup semangat perkauman iaitu National
Front(NF) dan ula merelerut skinhead-skinhea dengan semangat nasional
yang melampau-lampau. Skinhead mula mempengaruhi ideologi Nazi (white
power). Skinhead pada sekitar ini juga mula bertukar selera muzik ke
arah punk dan oi! . Skinhead pada era ini telah dilabel sebagai kumpulan
remaja yang ganas. Tahun 1980an tiada apa-apa perubahan cuma
tertubuhnya SHARP (Skinhead Againt Racial Prejide) yang menetang Nazi
Skinhead.Namun pada ketika itu sudah ramai Skinhead kebali kepada root
asal iaitu ''Tradition Skinhead''.
Sejarah 2
Skinheads
mula bertapak di Britian pada tahun 1960. Menyikut kepercayaan remaja
pada masa tersebut mereka ini dikenali sebagai MODS. Remaja yang
bersikap ganas atau agresif mula mengguting rambut mereka lebih pendek
lagi. Kedua-dua perkara ini adalah untuk menampilkan kearah imej dan
juga Feshion mereka. Dan bagi menyelakkan mereka dari bergaduh di
jalanan , Remaja Working Class ini memilih nama Skinheads hanya untuk
membezakan mereka dari golongan MODS yang kurang ganas dan lemah itu.
Skinheads akan bertemu pada hari sabtu di padang bola sepak untuk
memberi sokongan kepada kumpulan bola sepak tempatan mereka. Penyokong
setia kepada sesebuah kumpulan bola sepak kebiasaanya akan membawa
kepada satu pergaduhan di antara penyokong-penyokong kupulan bola sepak
yang lain. Perkara tersebut menyaitkan ia tentang sejarah FOOTBALL
VIOLENCE. Bila malam menjelma, Skinheads akan mula memakai pakaian
paling baik dan yang paling termampu buat mereka dan mereka akan pergi
untuk menari. Di situ mereka akan menari menyikut muzik yang baru yang
mana muzik itu dibawa oleh pendatang Jamaica ke Britian. Muzik tersebut
dibahagikan kepada kepada banyak bahagian contohnya Ska, Jamaican Blues,
Blues Beat,Rocksteady dan juga Reggae. Diperjumpaan ini mereka akan
menari , minum dan bergembira antara satu sama lain dan pendatang
Jamaica lah yang membawa muzik tersebut ke Britian. |
Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapus